nuffnang

PENAJA UTAMA

Wednesday, 8 July 2015

RAMADHAN JANGAN PERGI

hari ni sudah 22 hari umat Islam berpuasa..cepat sangat masa berlalu..sedih..rasa sekejap je ramadhan nak pergi

persiapan raya tak setel lagi.memandangkan dengan kos sara hidup yang tinggi, memang kena berjimat cermat la jawabnya.

aku hanya belikan sepasang baju raya untuk anak no 1 dan no 2 je..sibek baju raya baby SIL yang belikan.selamat duit aku!! kikikiki..baju raya aku ngan hubby, kitaorg recycle je...aku sebenarnya berazam nak simpan duit banyak-banyak.plan nak pegi melancong,,,cehhh konon!!..xpe..berangan tak kene bayar kan...kikiki

tahun ni memandangkan aku da pindah rumah baru, pasang lak oven besar, ambek ko!! mabuk wat kuih raya.macam jenis aku buat.terlebih rajin.walhal ada baby tu. besar betol dugaan wat kuih raya ada baby ni..dia ciak-ciaak menanges, kita lak kelam kabut dibuatnya.

ada 5 jenis kuih raya aku buat.sume resepi aku google --->terima kasih en google yang baik hati!!... muahhhh ciked!! .Antara kuih yang aku buat, biskut arab, biskut mazola, biskut semperit(yang ni sah-sah dah habis seblum waktunya), biskut kelapa dan paling wajib dibuat setiap tahun tart nenas. tart nenas tu tak boleh buat sikit-sikit.kena buat lebih-lebih. SIL dan mertua da cakap dh, memang nak jugak.Kiranya aku ni supplier kuih raya untuk diaorang. Sebab tu sejak minggu lepas aku dah start menjalankan projek kuih raya tu sume.

tak lupa jugak , kuih raya tu aku niat nak bagi kat emak aku kat kampung. yeay!!! tahun ni dapat la aku beraya nun di sarawak.sebab da 3 tahun aku x balik raya kat sana..memang kali ni pulun cuti. 2 minggu terus aku apply cuti.

nanti next time aku kongsi resepi kuih raya yang aku guna..mana yang aku x ingat cedok dari mana tu..aku mohon maaf la ye...



Monday, 11 March 2013

TRIM N FIT

wahh..wah..tajuk entri tak boleh blah..
mulai minggu lepas, ofis buat program yang dinamakan trim n fit. jangkasama program ni dalam 28 minggu jek.
salah satu tujuan nya supaya kitaorang mengamalkan cara hidup sihat. yelah dah duduk kat opis asyik wat keje bila masa nak bersenam..duduk je.bila kalori nak terbakar.betul tak?

mula-mula, kitaroang kena menjalankan saringan kesihatan terlebih dahulu.Ini bertujuan sama ada program ini akan berjaya atau tidak pada akhirnya nanti..

Ni keputusan saringan kesihatan aku yang lepas..iaitu pada 1 mac 2013

Berat badan : 65.8kg (ni berat aku lps berpantang keguguran ari tu. masa tu baru 3 minggu) klu x sebelum nih 72kg okay..obes!!!.best jugak dlm pantang nih kan.,.bole turun berat badan..yang peliknya dalam pantang leh pulak kontrol makan..ish..ish..ish..bila habis pantang sume nak makan..mcm mane tak gemuk..wakakaka

Tinggi : 160 cm

BMI : 25.7 (sesuai dalam lingkungan 18.5-22.9  )

Kandungan gula dalam darah : 6.6mmol/l (sesuai <8 sekiranya berpuasa)ni masa aku check ni lepas bekfes.

Kolestrol : 4.11mmol/l (sesuai <5.2)

banyak program dirangka antaranya : 
senamrobik
ceramah kesihatan
bowling
jogging
panjat bukit broga dan lain-lain lagi
nanti kalau aku join, aku akan update kat sini
kalau program ni wat weekend, x dapek den nak join..waaa...waaa
aku kan dah PJJ sekarang..huhuh..sedih je

last week baru dengar ceramah kesihatan nih. baru tau untuk wanita satu hari boleh makan makanan 1200 kalori sahaja..huyyy dashyat kan!! macam tak boleh nak ikut je..nak kira kalori macam mana pulak? yang nih aku tak belajar lagi..tunggu....cehhh macam iklan je.

sedikit tips yang aku dapat dari ceramah tu :
a) berhenti sebelum kenyang.makan ikut keperluan -lebih kurang macam sunnah Rasulullah S.A.W
b) kekalkan berat badan
c) banyakkan minum air kosong

uishhh..memang seksa kan..tapi nak sihat terpaksalah amalkan ilmu-ilmu ni semua.Untuk hari ni aku nak try makan oats la pulak walau ianya tak sedap.aku kena tabahkan hati..(ceh..ceh..ceh..jangan angan-ngan mat jenin sudah)

Friday, 8 March 2013

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA

Yeyyyyy dah lama tak menulis dalam blog..hehehehee
tak mau cakap banyak.
hari ni hari spesel untuk wanita-wanita seluruh dunia. 

kepada wanita-wanita di luar sana..
tak kira anda kecil, besar, tua, muda, mak, ibu, nenek, datin, puan sri(apa yang aku bebel nih..hehehehe) yang penting anda adalah WANITA

Selamat Hari Wanita Sedunia



Hari ini hari istimewa untuk anda semua
lupakan yang sedih, yang pahit
gembiralah pada hari ini.


Kepada lelaki-lelaki

hargailah golongan wanita di sekeliling anda :)
tak kiralah dia gemuk, muka x cantik, kurus, ke hape ke
yang penting dia adalah WANITA



nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...